Apa Itu PCOS?

 

PCOS atau lebih dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome penyakit hormon yang melibakan sistem peranakan wanita yang biasanya terjadi pada waktu kesuburan usia tetapi boleh juga terjadi pada wanita menopause.

 

 

ovari polilistik

ovari polilistik

 

Simptom -Simptom Penyakit PCOS

Terdapat beberapa simptom penyakit PCOS yang sering kita anggap tidak biasa,Tapi awas, jika ianya boleh membawa padah jika kita tidak atasi dengan segera. Jom kita lihat simptom-simptom penyakit PCOS ini.

 

Haid Tidak Stabil

 

pesakit-pcos-mengalami-jarak-antara-haid-yang-tidak-stabil

 

Biasanya pesakit PCOS mengalami aliran haid yang tidak stabil . Jarak antara kitaran haid juga lama. Contohnya untuk wanita normal jarak normal umumnya 28 hari. Tetapi untuk pesakit PCOS jaraknya terlalu lama. Contohnya dari 3 bulan ke 6 bulan kitaran haidnya. Terdapat juga sebahagian wanita yang tidak mengalami haid dalam masa setahun. Ini terjadi kerana ovari tidak dapat mengeluarkan ovum atau mengalami ovulasi.

 

Obesiti

wanita-pcos-mengalami-obesiti
Obesiti juga mungkin akan terjadi pada pesakit PCOS. Proses pemecahan lemak ialah suatu proses biokimia. Ia memerlukan hormon, enzim dan aktiviti yang membolehkan lemak bergerak di dalam sistemnya. Tidak hairanlah sekiranya hormon tidak stabil penghidap PCOS mudah mendapat masalah obesiti.

 

Bulu Roma Yang Keterlaluan

 

wanita-pcos-mengalami-bulu-yang-tidak-stabil
Selain daripada itu , simptom penyakit PCOS boleh dilihat iaitu bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan seperti di muka, puting payudara,perut,paha,lengan dan sebagainya.Ini adalah kerana aras hormon lelaki yang tinggi dirembeskan oleh ovari polisistik yang boleh menyebabkan masalah berkaitan dengan testosterone.

 

 

Kulit Muka Yang Berminyak Dan Berjerawat

 

pcos-mengalami-muka-berminyak-dan-berjerawat
Simptom penyakit PCOS boleh juga dilihat apabila mereka mempunyai kulit muka yang berminyak dan berjerawat. Kulit muka yang berminyak terjadi disebabkan aras hormone androgennya meningkat manakala masalah jerawat boleh disebabkan penyumbatan kelenjar folikel pada rambut
Wanita yang menghidap PCOS mudah mendapat masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan). Bahagian yang menjadi lebih gelap selalunya berlaku di pelipatan kulit di leher, bawah ketiak, celah paha, bahagian pusat (umbilicus ) dan juga di dahi.

 

 
Nampak macam biasa sahaja simptom di atas, tapi tahukah anda,  PCOS juga boleh menyebabkan wanita hamil mengalami keguguran yang tinggi, menghidapai diabetes semasa hamil, tekananan darah tinggi semasa hamil dan juga kelahiran bayi pramatang , malahan boleh menyebabkan kanser rahim 

 

Sangat menakutkan bukan ?
Sekiranya anda mempunyai simptom di atas, adalah disarankan mendapatkan khidmat rawatan pakar.

 

 

Jom rawat masalah Pcos Dengan Sari Agegard

 

sari-agegard