Rawatan Kanser Payudara

 Terdapat beberapa jenis rawatan kanser payudara iaitu

rawatankanserpayudara

Pembedahan

Pembedahan untuk rawatan payudara bukan lah bermakna terus membuat masektomi atau pembedahan membuang semua tisu payudara , tapi hanya membuang sebahagian tisu –tisu yang tidak normal pada payudara itu.

Namun begitu sekiranya kanser tersebut terlalu besar , makan masektomi akan dijalankan

Cancer Patient in Hospital

Kemoterapi

Kemoterapi merupakan suntikan ubat pembunuh kanser sama ada berbentuk pil tau cecair. Ubat ini akan memasuki saluran darah yang kemudian akan mengalir ke seluruh tubuh badan .

Walau bagaimanapun Bahaya rawatan kemoterapi ini kerana ianya bukan sahaja membunuh sel-sel kanser, malahan ianya juga akan membunuh sel-sel hidup yang cepat membiak, contoh nya sel-sel rambut, sel-sel kuku dan sebagainya . 

Oleh itu kalau kita perhatikan pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi akan sentiasa lemah-lemah badan, rambut gugur dan sebagainya.

Namun begitu ini adalah proses yang perlu di alami dalam merawat penyakit kanser yang merbahaya ini

radioterapi

 Radioterapi

 Radioterapi merupakan terapi sinaran radiasi untuk sel-sel tumor yang masih lagi tertinggal selepas pembedahan. Ianya hanyalah rawatan setempat dan hanya akan di fokuskan untuk membunuh sel-sel tumor sahaja.

Ianya tidak menyakitkan namun begitu ramai mengakui bahawa terapi radiasi akan menyebabkan mereka merasa letih –letih badan dan tidak bermaya . Ada juga yang mengatakan kulit mereka terbakar selepas terkena sinaran radiasi itu

 Rawatan hormone

Terapi hormon sering digunakan untuk merawat wanita yang kansernya sensitif terhadap hormon estrogen dan progestron. Seperti kemoterapi, terapi jenis ini boleh digunakan untuk mengurangkan kemungkinan kanser anda berulang.

Jika kanser sudah merebak, terapi hormon mungkin boleh mengecutkan atau mengawalnya.

Selain daripada rawatan kanser payudara di atas, terdapat juga alternative lain untuk mendapatkan penawar kanser payudara iaitu rawatan menggunakan Triple Amydalin yang terdapat di dalam Sari Agegard

 

 sumber : UPMCARE 

 

5 Tanda Kanser Payudara Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

 

kanser payudara

kanser payudara

Kanser Payudara merupakan pembunuh yang paling digeruni di kalangan wanita . Tahukah anda, mengikut kajian, 1 daripada 19 wanita berisiko menghidap kanser payudara di Malaysia sahaja.

Kanser payudara in bermula apabila sel-sel pada sekitar payudara tumbuh di luar kawalan. Sel-sel ini berbeza dengan sel-sel normal di payudara kerana ianya tidak akan mati, sebaliknya terus membiak membentuk sel-sel baru yang tidak normal.

Terdapat beberapa 5 tanda kanser payudara yang perlu anda ketahui

 Benjolan pada sebahagian payudara

Benjolan ini umumnya terdapat di bawah kulit payudara dan ukurannya lebih kurang sebesar kacang tanah. Biasanya benjolan tersebut hanya terdapat di sebelah payudara saja.

Apabila benjolan tersebut ditekan dan dapat bergeser, itu bermakna masih merupakan gejala awal yang ringan dan boleh segera ditangani. Sebaliknya, bila benjolan tersebut sudah tidak boleh bergeser dan ukurannya lebih besar dan keras maka awas, kanser sudah memasuki tahap serius.

Benjolan ini biasanya terdapat pada bahagian bawah kulit payudara dan besarnya seperti kacang tanah.

Perubahan tekstur pada kulit payudara

Permukaan kulit payudara kelihatan bersisik atau berkedut seperti kulit limau purut. Kulit akan terasa kasar dan kaku.Kadang-kadang payudara akan menjadi kemerahan dan juga berkeruping

Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu

Cairan darah yang keluar umumnya tidaklah banyak, namun cukup mengganggu. Selain darah ada juga berupa cairan kekuningan seperti darah putih atau bahkan nanah.

Hal ini biasanya diikuti dengan rasa nyilu pada permukaan payudara dan rasa gatal pada daerah sekitar puting payudara. (Kadang kala ini bukan bermakna kanser, namun tetap harus berwaspada)

Puting payudara tidak normal

Puting payudara kelihatan rata, terbalik atau masuk ke dalam. Atau mungkin terasa sakit yang berlanjutan.

Ketulan pada bahagian ketiak

Ketulan pada ketiak juga merupakan salah satu tanda kanser, namun begitu bukanlah semua ketualan di bahagian ketiak merupakan kanser, Cuma kita harus berhati-hati

 

sumber : Myhealth