Rawatan Kanser Payudara

 Terdapat beberapa jenis rawatan kanser payudara iaitu

rawatankanserpayudara

Pembedahan

Pembedahan untuk rawatan payudara bukan lah bermakna terus membuat masektomi atau pembedahan membuang semua tisu payudara , tapi hanya membuang sebahagian tisu –tisu yang tidak normal pada payudara itu.

Namun begitu sekiranya kanser tersebut terlalu besar , makan masektomi akan dijalankan

Cancer Patient in Hospital

Kemoterapi

Kemoterapi merupakan suntikan ubat pembunuh kanser sama ada berbentuk pil tau cecair. Ubat ini akan memasuki saluran darah yang kemudian akan mengalir ke seluruh tubuh badan .

Walau bagaimanapun Bahaya rawatan kemoterapi ini kerana ianya bukan sahaja membunuh sel-sel kanser, malahan ianya juga akan membunuh sel-sel hidup yang cepat membiak, contoh nya sel-sel rambut, sel-sel kuku dan sebagainya . 

Oleh itu kalau kita perhatikan pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi akan sentiasa lemah-lemah badan, rambut gugur dan sebagainya.

Namun begitu ini adalah proses yang perlu di alami dalam merawat penyakit kanser yang merbahaya ini

radioterapi

 Radioterapi

 Radioterapi merupakan terapi sinaran radiasi untuk sel-sel tumor yang masih lagi tertinggal selepas pembedahan. Ianya hanyalah rawatan setempat dan hanya akan di fokuskan untuk membunuh sel-sel tumor sahaja.

Ianya tidak menyakitkan namun begitu ramai mengakui bahawa terapi radiasi akan menyebabkan mereka merasa letih –letih badan dan tidak bermaya . Ada juga yang mengatakan kulit mereka terbakar selepas terkena sinaran radiasi itu

 Rawatan hormone

Terapi hormon sering digunakan untuk merawat wanita yang kansernya sensitif terhadap hormon estrogen dan progestron. Seperti kemoterapi, terapi jenis ini boleh digunakan untuk mengurangkan kemungkinan kanser anda berulang.

Jika kanser sudah merebak, terapi hormon mungkin boleh mengecutkan atau mengawalnya.

Selain daripada rawatan kanser payudara di atas, terdapat juga alternative lain untuk mendapatkan penawar kanser payudara iaitu rawatan menggunakan Triple Amydalin yang terdapat di dalam Sari Agegard

 

 sumber : UPMCARE